Pembeli hartanah Singapura di Johor meningkat 20%

KUALA LUMPUR: Pembelian hartanah Singapura di Johor mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli Singapura dengan peningkatan sebanyak 20% pada Mac berbanding dengan suku Disember 2022, menurut Juwai IQI.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata peningkatan itu berikutan mata wang dolarnya yang kukuh dan Projek Sistem Transit Rapid Johor Bharu-Singapura (RTS Link). 

Beliau berkata, permintaan itu dijangka akan terus kukuh sepanjang tahun ini.

“Menjelang akhir dekad, kami percaya bilangan orang yang tinggal di Johor dan perjalanan pulang ke Singapura untuk bekerja setiap hari boleh meningkat sebanyak satu pertiga,” katanya dalam satu kenyataan.

Kashif berkata, pembeli Singapura berkeluarga yang mempunyai dua anak mencari rumah kedua di bahagian Horizon Hills Johor dan mereka boleh membeli banglo mewah dengan harga RM2 juta hingga RM3 juta, bersamaan kurang daripada S$900,000 berdasarkan kadar tukaran terkini.

“Anda boleh mendapatkan studio atau kondominium satu bilik tidur di Singapura untuk harga itu. Sementara suami akan terus bekerja di Singapura, isteri akan tinggal di Johor, yang mana anak-anak akan bersekolah di sekolah antarabangsa.

Kashif berkata, Johor adalah pasaran perumahan ketiga paling mahal di Malaysia, dengan harga rumah median sebanyak RM320,000.

Beliau berkata, walaupun jauh lebih tinggi berbanding harga rumah median nasional RM320,000, ia adalah jauh lebih berpatutan berbanding purata Singapura.

“Purata harga rumah di Singapura ialah S$2 juta, atau kira-kira RM6.7 juta, iaitu enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga median rumah di Johor.

“Kepada pembeli dari Singapura, pembelian di Johor membolehkan mereka membeli lebih banyak ruang, pemandangan yang lebih baik dan tanah yang mereka tidak mampu di tanah air,” katanya

  • Coelho

    Related Posts

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    KUALA LUMPUR — Chin Hin Group Property Bhd merancang memperluaskan jejaknya dalam segmen hartanah perindustrian menerusi cadangan pembelian aset industri di Kota Damansara, Selangor, pada nilai RM66 juta. Menurut makluman…

    Paramount tambah rizab tanah Bukit Raja, perolehan RM113.5 juta sasar GDV RM579 juta

    KUALA LUMPUR, 17 Dis — Paramount Corporation Berhad terus memperluas simpanan tanahnya apabila anak syarikat milik penuhnya, Prima Kuasa Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bagi memperoleh tiga lot tanah…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini