BMI jangka BNM mungkin pertimbang turunkan OPR pada 2026

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0% sehingga 2026 sebelum mula mempertimbang untuk mengurangkan kadar berkenaan, demikian menurut BMI, sebuah unit di bawah Fitch Solutions.

BMI dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata, inflasi yang rendah dan prospek pertumbuhan yang kukuh membolehkan bank pusat itu mengekalkan OPR pada tahap semasa untuk tempoh yang lama.

BMI menjangkakan BNM hanya akan menurunkan kadar pada 2026, selaras dengan pelan rasionalisasi subsidi yang mungkin meningkatkan harga domestik.

BNM mengekalkan OPR pada 3.0% untuk mesyuarat kelapan berturut-turut pada bulan ini.

Menurut BMI, petunjuk masa hadapan daripada kenyataan dasar terbaharu adalah tidak berubah, sekali gus mengesahkan keyakinan firma itu bahawa prospek pertumbuhan yang kukuh dan inflasi yang rendah akan memberikan BNM ruang untuk mengekalkan kadar pada tahap semasa.

“BNM tidak perlu bimbang mengenai mata wang, memandangkan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka melaksanakan pemotongan kadar faedah kumulatif sebanyak 125 mata asas tahun ini dan tahun depan, sebelum menurunkan kadar faedah kepada 4.25% pada akhir 2024 dan 3.00% pada akhir 2025.

“Perbezaan kadar faedah yang semakin kecil antara AS dan Malaysia akan terus memberi kelebihan kepada ringgit, yang menjadi mata wang pasaran baru muncul yang paling berprestasi di rantau ini,” tambah BMI.

BMI juga menyatakan keyakinan BNM terhadap ekonomi kekal utuh, dengan eksport dijangka mendapat dorongan daripada kitaran kenaikan teknologi global.

Eksport muncul sebagai antara pemacu utama pertumbuhan dalam suku kedua 2024, yang mendorong mereka menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar setahun penuh kepada 4.7% daripada 4.4%.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

  • March 14, 2026
Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

  • March 13, 2026
Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

  • March 9, 2026
Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

  • March 6, 2026
CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad