Kerajaan sedang rangka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi – Ahmad Maslan

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan dijangka siap pada separuh kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan turut mengkaji kesan ke ata kos kenaikan harga barang sekiranya SKDS dilaksanakan kelak.

“Kerajaan akan memberi pendekatan berbeza kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memastikan sektor ini tidak terjejas dengan pelaksanaan sistem tersebut.

“Namun, semuanya masih dalam kajian dan sistem ini hanya akan disiapkan pada separuh kedua tahun ini dan tarikh pelaksanaannya masih belum ditetapkan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai rasional pelaksanaan dan langkah mitigasi untuk membantu sektor yang terkesan.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar dalam mengurangkan ketirisan dan mengoptimumkan pembelanjaan kepada program dan projek yang memberi nilai tambah kepada rakyat dan ekonomi negara.

Ini bertujuan mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) mengenai tarikh pelaksanaan subsidi bersasar seperti diumumkan Perdana Menteri pada 27 Nov, 2022 serta jaminan kerajaan bahawa harga barangan tidak akan meningkat apabila ia dilaksanakan kelak.

Ahmad berkata satu pasukan khas diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan untuk bekerjasama dengan kementerian, jabatan dan agensi terlibat bagi meneliti keperluan dan kebolehlaksanaan subsidi secara bersasar di samping mengenal pasti kaedah berkesan yang boleh menjimatkan masa serta memberi implikasi kewangan paling minimum kepada kerajaan.

Ini termasuk mengumpul data dari Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, katanya.

“Penepatan kriteria kelayakan masih belum diputuskan, namun usaha membangunkan pusat data yang komprehensif sedang dibuat bagi membantu kerajaan menetapkan kriteria yang bersesuaian berdasarkan data yang diperolehi.

“Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat tertaluk kepada ketersedian serta mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat terutama golongan B40 tidak terjejas,” katanya.

Sequeira

Related Posts

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Sektor Kreatif Digital dan Animasi Jadi Teras Baharu TVET Nasional

KUALA LUMPUR — Kerajaan kini mengorak langkah baharu dalam memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memberi penekanan khusus kepada sektor kreatif digital serta animasi berimpak tinggi,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

  • January 29, 2026
RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

Sektor Kreatif Digital dan Animasi Jadi Teras Baharu TVET Nasional

  • January 27, 2026
Sektor Kreatif Digital dan Animasi Jadi Teras Baharu TVET Nasional

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam