Gamuda tidak terkesan ketiadaan konsesi lebuh raya

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan seperti yang dijangkakan meskipun tanpa konsesi lebuh raya, demikian menurut penganalisis.

Syarikat infrastruktur terkemuka Malaysia itu mencatatkan keuntungan bersih RM194.62 juta pada suku kedua berakhir 31 Januari 2023 berbanding RM177.13 juta tempoh sama tahun sebelumnya, disumbangkan pendapatan bahagian pembinaan dan hartanah yang lebih kukuh.

Pendapatannya dalam tempoh itu turut meningkat kepada RM1.44 bilion berbanding RM1.22 bilion sebelum ini.

Penganalisis PublicInvest Research, Chin Li Shan, berkata pendapatan perniagaan teras Gamuda iaitu bahagian kejuruteraan dan pembinaan mengisi kekosongan yang ditinggalkan aset konsesi lebuh raya, yang mana pendapatan bahagian itu mencatatkan peningkatan 54.4 peratus.

Beliau berkata, seperti yang dijangkakan, untung bersih teras Gamuda pada suku kedua tahun kewangan 2023 meningkat 33.9 peratus meskipun sumbangan sifar daripada aset lebuh raya.

“Kami anggap keuntungan bersih teras suku kedua tahun kewangan 2023 secara umum selaras dengan unjuran kami dan konsensus dengan masing-masing 49.5 peratus dan 48.3 peratus.

“Walau bagaimanapun, kami menaikkan unjuran pendapatan tahun kewangan 2023 hingga 2025 secara purata sebanyak 33 peratus bagi menggabungkan pengambilalihan yang berlaku sebelum suku kedua tahun kewangan 2023 iaitu ERS Energy dan DT Infrastruktur (DTI) yang melonjakkan kontrak pembinaan 37.5 peratus,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Gamuda pada tahun lalu telah melupuskan semua kepentingannya dalam Kesas Sdn Bhd (Kesas); Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint); Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR).

Mengenai prospek Gamuda, Li Shan berkata, secara keseluruhannya, pihaknya menjangkakan syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu akan terus mengekalkan trajektori pendapatan meningkatnya.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan saiz kontrak semasa RM20.5 bilion, yang memberikan keterlihatan pendapatan sehingga tahun kewangan 2027, ditambah pula dengan jualan hartanahnya yang belum dibilkan bernilai RM5.4 bilion.

Namun begitu, beliau melahirkan kebimbangan terhadap operasi syarikat itu dari segi perolehan aliran tunai memandangkan projek tertentu Gamuda memerlukan perbelanjaan modal yang besar.

“Kami mengekalkan saranan ‘outperform’ terhadap harga saham Gamuda, dengan sasaran harga RM5.10 berbanding RM4.30 sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, CGS-CIMB menerusi nota penyelidikannya turut mengulangi saranan ‘tambah’ terhadap saham Gamuda dengan sasaran harga RM4.69.

Katanya, ia susulan perolehan lebih kukuh kumpulan daripada penerokaan di luar negara serta buku pesanan yang dijangka mencecah rekod tertinggi baharu RM20.5 bilion daripada pengambilalihan perniagaan projek pengangkutan Downer Group (DTP) di Australia, yang dijangka muktamad menjelang Jun 2023.

  • Coelho

    Related Posts

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    • September 18, 2026
    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion