Bekas Pegawai Kanan Mara Mengaku Tak Salah Terima Rasuah RM45,000

  • Kes
  • August 30, 2024

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM45,000, lapan tahun lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad, Fauzi Yaakob, 55, hanya mengangguk tanda faham sebelum mohon dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dia didakwa menerima RM45,000 melalui akaun Public Islamic Bank milik Amierul Shabir Hariri daripada Pengarah Kip Care Sdn Bhd, Abdul Rahman Richard Abdullah.

Kesalahan itu dilakukan antara September 2015 dan 15 Februari 2016 di di cawangan Public Bank Kampung Baru.

Jika sabit salah, boleh dihukum bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Syahzad Azad Sanusi memohon supaya tertuduh dijamin dengan RM20,000.

Namun peguam bela mewakili Fauzi memohon supaya mahkamah mengenakan jumlah jaminan lebih rendah kerana mempunyai komitmen menjaga keluarganya.

Bagaimanapun mahkamah tetap menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertutudh melaporkan diri di pejabat SPRM di sini setiap bulan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 3 Oktober depan.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini