George Kent lantik Thomas Leong Yew sebagai Pengarah, Strategi & Pelaburan

KUALA LUMPUR: George Kent (Malaysia) Bhd hari ini mengumumkan pelantikan bekas ketua pegawai strategi kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Thomas Leong Yew Hong sebagai pengarah strategi & pelaburannya.

Syarikat itu menjelaskan bahawa Thomas bukan ahli Lembaga Pengarah George Kent dan pelantikannya berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Sebagai Pengarah, Strategi & Pelaburan, beliau akan bekerjasama rapat dengan Pengerusi Eksekutif George Kent, Tan Sri Tan Kay Hock mengenai strategi jangka panjang, pembangunan perniagaan, pelaburan termasuk penggabungan dan pengambilalihan.

Selain itu, beliau juga akan mengusahakan peluang dalam perniagaan pelengkap infrastruktur air dan pengangkutan rel.

George Kent sehingga kini telah memantapkan dirinya sebagai salah satu Penyepadu Sistem terbesar dalam pengangkutan rel, setelah menyumbang kepada pengembangan projek rangkaian rel bandar Malaysia, termasuk sambungan laluan LRT Ampang, MRT2 dan LRT3.

Peranan Thomas termasuk melihat peluang pelaburan strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, teknologi tinggi, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian pusat data.

Menurut kumpulan itu, peranan Thomas akan membawa George Kent ke dalam bidang “perniagaan masa depan” dengan mempelbagaikan perniagaan.

Thomas, 52, merupakan seorang alumni Harvard Business School, membawa bersamanya banyak pengalaman kepada kumpulan itu di mana beliau baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Strategi Kumpulan sebuah konglomerat besar Malaysia yang tersenarai.

Thomas juga merupakan Naib Presiden Eksekutif Strategi Kumpulan & Pembangunan Perniagaan salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.

Di samping itu, beliau membawa lebih 30 tahun pengalaman dalam perundingan strategi dan pengurusan sektor perindustrian, automotif serta perkhidmatan kewangan.

Beliau juga telah memegang pelbagai peranan kepimpinan dalam strategi korporat, penggabungan dan pemerolehan, pengurusan perniagaan, perhubungan pelabur, inovasi dan transformasi digital.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion