Isu HRD Corp: KESUMA lantik juruaudit bebas

  • News
  • July 10, 2024

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melantik juruaudit profesional sebagai pihak ketiga bagi menjalankan audit bebas ke atas HRD Corp.

Menterinya, Steven Sim, berkata tindakan itu diambil bagi memastikan ketelusan dalam proses berkenaan.

“Audit bebas akan meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta sebarang garis panduan dalam isu yang dibangkitkan dalam laporan JAN dan PAC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, KESUMA kini dalam proses perolehan untuk melantik juruaudit profesional pihak ketiga yang dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya 31 Julai ini.

Tambahnya, tempoh masa audit bebas dan laporan akan dikeluarkan bakal ditentukan sebaik sahaja juruaudit dilantik.

“Audit bebas tersebut akan berjalan seiring dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan mana-mana pihak berkuasa lain.

“HRD Corp diarahkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak yang berkaitan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud ditubuhkan bagi memudah cara siasatan yang sedang berjalan, meneliti laporan JAN dan PAC, termasuk hasil siasatan SPRM serta audit bebas.

Pasukan itu bagi memudah cara siasatan yang sedang berjalan, meneliti laporan JAN dan PAC termasuk hasil siasatan SPRM serta audit bebas.

“Pasukan petugas khas ini seterusnya akan memastikan tindakan susulan termasuk penambahbaikan dilaksanakan dengan sepenuhnya,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini