Cassandra Goh Shiou Ling dilantik Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif baharu Silverlake Axis

KUALA LUMPUR: Silverlake Axis mengumumkan Cassandra Goh sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Menurut kenyataan syarikat, pencapaian beliau sebagai bekas Timbalan Pegawai Eksekutif telah membuktikan kepimpinan beliau untuk membimbing syarikat dengan maju.

Antaranya ialah menerima anugerah Rising Star pada Anugerah Digital 2023 kelolaan Malaysian Management Excellence.

Beliau berharap untuk membina syarikat di bawah bimbingan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Andrew Tan yang akan kekal di Silverlake Axis sehingga 31 Disember 2024.

“Kejayaan Silverlake Axis adalah testimoni badan pengurusan syarikat yang bekerja keras dan akan teruskan membimbing syarikat ini pada masa hadapan.” kata Cassandra Goh.

Menurutnya, beliau dan pasukan akan teruskan membawa inovasi dan servis teknologi untuk membantu pelanggan syarikat.

“Silverlake Axis berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pihak pemegang saham,” ujar beliau.

  • Coelho

    Related Posts

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    • September 18, 2026
    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion