Kerajaan Sarawak henti suntik dana kepada SEDC, BDA mulai 2027

  • News
  • June 26, 2024

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak akan menyuntik sebarang dana bagi perbelanjaan modal kepada dua badan berkanunnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) berkuat kuasa 2027.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dilaksanakan berikutan kedua-dua badan itu berpotensi untuk berdikari selain memulakan budaya organisasi baharu untuk tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

“Kita mahu mereka mencari pendapatannya sendiri. Mereka perlu meneroka aliran pendapatan baharu memandangkan beberapa anak syarikat terlibat dalam aktiviti perdagangan dan ekonomi.

“Oleh itu, kerajaan tidak perlu memberi (peruntukan) lagi. Kami akan menggunakan penjimatan yang diraih untuk projek infrastruktur lain dengan pulangan yang perlahan, seperti membina sekolah dan klinik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Juruaudit Negara di sini hari ini.

Abang Johari berkata langkah itu dilaksanakan dengan harapan dapat mengubah minda pihak yang mengendalikan badan berkanun, menjadikan mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi anak syarikat masing-masing.

“Kerajaan tidak perlu menggunakan wang (dana) untuk memberikan mereka modal. Selepas itu ‘diam.’ Tidak apa, rugi pun kerajaan akan bayar. Pemikiran seperti ini perlu diubah,” katanya.

Terdahulu pada persidangan itu, beliau berkata rancangan kerajaan Sarawak untuk menghentikan penyaluran dana modal kepada badan berkanun merupakan usaha untuk menggalakkan pengurusan yang padu dalam badan berkenaan di samping mengurangkan ketirisan kewangan.

“Setiap tahun mereka (badan berkanun) memohon untuk sumbangan modal dan ia telah menjadi satu sistem. Kerajaan perlu memberikan perbelanjaan modal setiap tahun tanpa mengetahui pulangannya. Di sanalah ketirisan akan berlaku,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini