Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

  • Kes
  • June 4, 2024

PETALING JAYA: Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, menarik diri sebagai peguam mereka bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co dalam kenyataan berkata, dirinya tidak lagi mewakili mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau sebelum ini dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di rumah keluarga mereka di Puncak Alam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba mengesahkan dia sudah melantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapa kanak-kanak itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan itu pada oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor pada 10.05 pagi hari berkenaan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini