Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul sebagai CEO baharu

KUALA LUMPUR: Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa Isnin, 13 Mei 2024.

Mohd Syahrul mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor perbankan dan kewangan dengan rekod cemerlang.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan pengarah urusan dan ketua serantau pengurusan tunai dan perbankan urus niaga kumpulan serta ketua pemerolehan kad dan pembiayaan peribadi, perbankan pengguna di CIMB Bank dan pengarah urusan serta ketua serantau bagi perbankan pengguna di CIMB Islamic, kata Al Rajhi.

Al Rajhi dalam satu kenyataan berkata, Mohd Syahrul akan mengambil alih kepimpinan bank daripada Ketua Pegawai Risiko, Muhammed Uzman Muhammed Faleel yang dilantik sebagai CEO sementara selepas peletakan jawatan Arsalaan (Oz) Ahmed.

Sementara itu, Pengerusi Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia), John Roger Winfield berkata pencapaian terbaik kerjaya Mohd Syahrul dalam bidang perbankan dengan kepimpinan strategik, pemacu transformasi dan kecemerlangan operasi akan membantu pertumbuhan dan kejayaan bank secara berterusan.

“Ahli Lembaga Al Rajhi Bank dan saya mengharapkan kerjasama yang kukuh dengan Mohd Syahrul ketika kami membina momentum yang telah diwujudkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohd Syahryl dalam kenyaataan sama berkata, beliau berbesar hati untuk memimpin institusi perbankan Islam yang dihormati ini.

“Alrajhi Bank Malaysia telah mengalami transgormasi yang luar biasa, dan saya berazam untuk memperkukuhkan kedudukan kami lebih lanjut.

“Kami akan terus memberikan penyelesaian patuh Syariah yang inovatif, memenuhi keperluan kewangan yang berubah-ubah pelanggan, pekerja, dan masyarakat kami,” ujarnya.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion