2 pegawai syarikat pembekalan air direman sehari disyaki terima rasuah RM3.3 juta

  • Kes
  • April 30, 2024

JOHOR BAHRU: Dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini direman sehari bagi membantu siasatan kes rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

Perintah reman terhadap kedua-dua individu berusia 36 dan 40 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di sini pagi Selasa.

Manakala kedua-dua individu terbabit diwakili peguam Adzly Ab Manas dan Amarpreet Singh Rajwinder Singh.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang, pada Isnin.

Reman berkenaan bagi membolehan kedua-dua individu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) dan 18 Akta SPRM 2009.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini