Matahari Sdn Bhd mohon maaf, akui khilaf jual kurma dari Israel

  • News
  • March 15, 2024

PETALING JAYA: Syarikat pengimport, pemborong, peruncit dan pengedar produk organik dan semula jadi, Matahari Sdn Bhd tampil memohon maaf susulan rampasan pek kurma yang dijual syarikat yang diimport dari Israel.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pada Jun 2022 pihaknya menerima penghantaran pelbagai jenis makanan termasuk kurma dari Greece dan perlu melabelkan setiap produk dengan maklumat termasuk negara asalnya untuk memenuhi sijil makanan organik.

“Sijil yang diberikan oleh pengedar kami menyatakan kurma itu berasal dari Israel atau wilayah Palestin yang dijajah.

“Kerana terlepas pandang dan tidak sensitif dengan isu itu (Palestin), kami terus melabelkan produk termasuk meletakkan Israel sebagai negara asal,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kehilafan itu hanya disedari selepas isu itu tular di media sosial dan dihubungi untuk mendapatkan komen.

“Kami segera menghubung peruncit kami dan menarik semula produk itu.

“Kami ingin menegaskan Matahari bukan sengaja mengimport produk itu atau menjalankan sebarang perniagaan dengan Israel dan melanggar sebarang peraturan,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu juga akan menyemak semula proses rantaian bekalan dan mematuhi sebarang cadangan daripada pihak berkuasa untuk mengelak perkara seperti itu berlaku lagi.

Pada Rabu, Jabatan Kastam merampas 73 pek kurma “Organic Jumbo Medjool Dates” dipercayai dari Israel.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Sazali Mohamad, berkata 14.6kg kurma bernilai RM678 itu dirampas di sebuah gudang sekitar Klang.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini