Redtone Digital dapat kontrak kerajaan RM398.1 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Redtone Digital Bhd, Redtone Engineering & Network Services Sdn Bhd (Rens) diberikan kontrak MyGovUC 3.0 selama 60 bulan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan jumlah harga kontrak kira-kira RM398.1 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Redtone Digital berkata, Rens telah menerima surat tawaran kontrak itu hari ini dengan tarikh bermula pada 1 Februari 2024.

“Kontrak itu merangkumi komunikasi bersatu kerajaan termasuk sistem mel elektronik, sistem kalendar, persidangan audio dan video, ruang sembang dan sembang, pengurusan direktori serta pengurusan perubahan termasuk latihan pengguna, sokongan perisian, pusat operasi keselamatan, pusat operasi rangkaian dan meja bantuan yang meliputi pengurusan keselamatan maklumat,” katanya.

Menurutnya, kontrak ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama Redtone serta sebarang kesan material ke atas aset bersih, pendapatan dan pada paras hutang kumpulan bagi tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2024.

Bagaimanapun, katanya kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan Redtone.

“Melainkan untuk perniagaan biasa dan risiko ekonomi global, pengurusan Redtone tidak merasakan sebarang faktor risiko lain yang mungkin berlaku berikutan penyertaan Rens dalam kontrak itu.

“Tiada pengarah atau pemegang saham utama Redtone dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion