Megat Jalaluddin Presiden, CEO baharu TNB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan perlantikan Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Mac 2024.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Megat Jalaluddin dilantik oleh pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac 2024 sehingga 29 Februari 2026.

Megat Jalaluddin, 58, yang ketika ini ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan akan menggantikan Datuk Seri Baharin Din.

“Baharin akan melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden dan CEO TNB serta jawatan pengarah di anak syarikat berkaitan dalam kumpulan syarikat TNB,” katanya dalam satu kenyataan.

Megat Jalaluddin membina kerjaya di TNB dengan berkhidmat dalam pelbagai jawatan kejuruteraan dan pengurusan syarikat termasuk perancangan perniagaan dan strategik, pembangunan perniagaan, pengurusan projek, pembaikan proses perniagaan, perkhidmatan permeteran dan perkhidmatan kejuruteraan.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion