WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

WhatsApp hari ini secara rasminya mengumumkan sokongan untuk pin mesej pada tetingkap sembang – sama ada dalam perbualan berkumpulan atau perbualan biasa dengan rakan-rakan.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Melalui ciri pin akan sesuatu mesej, pengguna boleh lekapkan sesuatu mesej pada bahagian atas tetingkap, dan ia akan kekal untuk tempoh yang dipilih.

Ini sekaligus akan memudahkan pengguna lain untuk mengikuti sesuatu mesej penting, dan tidak terlepas daripada melhatnya.

WhatsApp mengatakan pelbagai jenis mesej boleh dipinkan, termasuk teks, bancian, imej, emoji dan sebagainya.

Untuk pin sesuatu mesej, anda hanya perlu tekan seketika pada sesuatu mesej, dan memilih “Pin” pada menu. Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

Gmail guna sister RETVec tingkat kemampuan tapis spam

Sistem RETVec dapat mengurangkan kesilapan menandakan e-mel sebenar sebagai spam sehingga 19.49% peratus sekali gus menyelesaikan masalah e-mel penting tidak terbaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini