Google perkhidmatan internet paling popular 2023

  • News
  • December 13, 2023

KUALA LUMPUR: Google menduduki tempat pertama untuk tahun kedua berturut-turut menjadi perkhidmatan Internet paling popular, dengan Facebook menduduki tempat kedua, diikuti Apple dan TikTok, menurut syarikat awan ketersambungan, Cloudflare dalam laporan Kajian Tahun 2023.

Bagaimanapun, Facebook disenaraikan sebagai platform media sosial paling popular, mengatasi peneraju pada 2022, TikTok yang menduduki tempat kedua, diikuti Instagram dan Twitter/X, menurut Cloudflare dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, OpenAI menduduki tempat pertama sebagai Generative AI Service paling popular diikuti Character AI, Quillbot dan Hugging Face.

Di peringkat global, sektor kewangan merupakan industri yang paling banyak disasarkan, menurut laporan itu.

Menurut laporan itu juga, dua jenis serangan utama ialah pautan yang mengelirukan dan cubaan peras ugut dalam e-mel.

Sementara itu, terdapat lebih 180 gangguan Internet di seluruh dunia pada 2023 berbanding lebih 150 pada 2022.

“Pada 2023 sahaja, terdapat peningkatan sebanyak 25 peratus untuk trafik global, dengan tiada tanda-tanda perlahan,” menurut laporan itu.

“Pertumbuhan ini menggariskan kebergantungan kepada perkhidmatan Internet untuk memudahkan dan menyokong sistem dan tugas yang penting, seperti menyokong ekonomi digital global, membolehkan operasi rangkaian penjagaan kesihatan, mengekalkan kesinambungan perniagaan untuk perusahaan dan akhirnya, menghubungkan orang ramai dengan komuniti mereka,” menurut Cloudflare.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Cloudflare, Matthew Prince berkata kedudukan syarikat membolehkan mereka memantau trend dalam talian dan teknologi baharu dalam masa nyata, seperti peningkatan AI dan penggunaan Starlink yang meluas.

“Ia menjadi tanggungjawab kami untuk telus serta berkongsi data dan perspektif daripada laporan seperti Kajian Tahun 2023 kami untuk membantu memastikan dunia dalam talian lebih bermaklumat, berdaya tahan dan selamat,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini