Kematian Zayn Rayyan: Polis ambil keterangan ibu bapa kali kedua

  • Kes
  • December 8, 2023

KUALA LUMPUR: Susulan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Andul Matiin akibat dibunuh, polis telah merekod semula keterangan ibu dan bapa kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata keterangan kedua-duanya diambil malam tadi dan mungkin akan diambil sekali lagi.

Menurutnya, keterangan jiran dan saksi juga akan diambil dalam tempoh masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.

“Kita selesai ambil keterangan mereka kali kedua malam tadi dan akan lihat keperluan sekiranya akan ambil lagi maklumat-maklumat lain,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, proses pencarian bahan bukti masih giat dilakukan di lokasi kejadian sejak malam tadi dalam membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan, enam tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, semalam memaklumkan polis akan merakam semula keterangan ibu bapa Zayn Rayyan, selepas bedah siasat menunjukkan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu mati akibat dibunuh.

Terdahulu, polis akan akan meneruskan usaha mengumpul bukti-bukti yang ada bagi membantu menjejaki pembunuh kanak-kanak Autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di sekitar kawasan mayatnya ditemukan.

Satu pasukan khas juga ditubuhkan bagi menyiasat kematian kanak-kanak autisme itu susulan keputusan bedah siasat menemui ada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Selain itu, katanya polis Selangor turut mewujudkan ‘task force’ (pasukan khas) fokus untuk membantu dalam siasatan kes ini.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini