Angka rakyat Palestin terkorban di Gaza cecah 13,000 orang

  • Dunia
  • November 20, 2023

BANDARAYA GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mencecah 13,000 orang, termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita.

Menurut kenyataan pejabat media wilayah itu, jumlah kecederaan pula melebihi 30,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada mereka kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah penduduk yang hilang melepasi 6,000 orang dengan kebanyakan mereka disyaki tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Bilangan masjid yang musnah sepenuhnya sebanyak 83 dan 166 lagi rosak manakala tiga gereja turut menjadi sasaran serangan Israel, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad itu.

Selain itu, lebih 43,000 buah rumah musnah sepenuhnya manakala 225,000 lagi rosak, ini bermakna 60 peratus unit kediaman di Semenanjung Gaza terjejas akibat pengeboman Israel.

Menurut pihak berkuasa itu, sebanyak 25 hospital dan 52 pusat kesihatan tidak beroperasi sejak tentera penceroboh melancarkan serangan.

Tentera Israel juga menyasarkan 55 ambulans manakala berpuluh-puluh ambulans tidak beroperasi kerana kekurangan bahan api.

Menurut pejabat itu Israel dan komuniti antarabangsa bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah berterusan di Semenanjung Gaza.

Pejabat itu menyeru komuniti antarabangsa untuk terus memberi tekanan bagi menamatkan perang dan jenayah kemanusiaan selain menggesa bantuan dan bekalan perubatan serta bahan api untuk hospital.

Goncalves

Related Posts

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

TEHRAN — Iran melantik Mojtaba Khamenei, anak kepada Ayatollah Ali Khamenei, sebagai pemimpin tertinggi baharu negara itu dalam suasana rantau Timur Tengah yang terus bergolak susulan konflik besar melibatkan Tehran,…

Pasaran Saham Indonesia Menjunam Lebih AS$80 Bilion, CEO Bursa Letak Jawatan

SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia berdepan salah satu episod kejatuhan paling buruk dalam beberapa tahun apabila nilai pasaran merosot lebih AS$80 bilion, perkembangan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua Pegawai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

  • March 14, 2026
Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

  • March 13, 2026
Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

  • March 9, 2026
Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

  • March 6, 2026
CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad