Saham wajaran tinggi dorong Bursa Malaysia melonjak

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat sehingga tengah hari pada Selasa, disokong belian dalam saham wajaran tinggi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 7.95 mata kepada 1,453.13 daripada 1,445.18 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks utama itu dibuka 0.28 mata lebih rendah kepada 1,444.90.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 430 berbanding 392, manakala 415 kaunter tidak berubah, 1,142 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM871.43 juta.

Peniaga berkata, unjuran keuntungan yang memberangsangkan telah meningkatkan minat risiko pelabur walaupun dagangan berhati-hati dalam pasaran serantau sebelum angka inflasi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, yang akan memberikan petunjuk mengenai arah kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

Pada masa yang sama, pelabur juga mempertimbangkan kemungkinan penutupan kerajaan AS.

Pada tengah hari, saham wajaran tinggi Bursa, iaitu Public Bank naik empat sen kepada RM4.20, Genting melonjak 15 sen kepada RM4.30, Petronas Chemicals dan Maxis masing-masing menambah tujuh sen kepada RM7.26 dan RM4.10 manakala Maybank dan CelcomDigi masing-masing menokok empat sen kepada RM9.12 dan RM4.29.

Antara saham aktif, Hong Seng dan Widad masing-masing naik setengah sen kepada 5.0 sen dan 46 sen, manakala Fitters mendatar pada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 50.50 mata kepada 10,741.97; Indeks FBMT 100 naik 50.80 mata kepada 10,404.39; Indeks FBM Emas Syariah menambah 47.79 mata kepada 10,944.96; Indeks FBM 70 menokok 42.56 mata kepada 14,204.49 dan Indeks FBM ACE naik 12.60 mata kepada 5,145.25.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 56.50 mata kepada 16,352.57; Indeks Perladangan naik 36.93 mata kepada 6,959.22; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.66 mata kepada 173.06, dan Indeks Tenaga menokok 1.37 mata kepada 860.71. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini