Pelabur terus ambil untung, Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari Rabu dengan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam kalangan indeks wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah pergerakan bercampur-campur dalam bursa serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.43 mata kepada 1,458.94 daripada 1,463.37 penutup Selasa. Indeks utama dibuka pada paras 1,461.3, susut 2.24 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 176 berbanding 144, manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,796 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mengakhiri satu lagi sesi dagangan lebih tinggi, disokong oleh keuntungan yang diraih syarikat bermodal mega selepas nota Perbendaharaan 10 tahun turun lebih rendah berikutan ulasan daripada beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) yang mencadangkan bank pusat mungkin sudah hampir ke penghujung kitarannya.

Memandangkan keluaran pendapatan daripada syarikat korporat AS masih lagi menggalakkan, pelabur boleh mengetepikan sebarang naratif kemelesetan pendapatan.

“Namun, kami menjangkakan minat belian akan melimpah ke pasaran saham tempatan, khususnya dalam sektor teknologi dan kami masih optimis dan berpihak kepada sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan pengguna,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.12, Public Bank dan CelcomDigi turun satu sen setiap satu masing-masing mencatatkan RM4.23 dan RM4.30, manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah dengan kedua-duanya merekodkan harga RM7.28 dan RM6.05.

Bagi saham aktif, TWL dan Top Glove menambah setengah sen setiap satu kepada 3.5 sen dan 78.5 sen, Ageson dan KNM pula turun setengah sen, masing-masing pada 6.5 sen dan 9.5 sen manakala Kinergy tidak berubah pada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 17.50 mata kepada 10,784.58, Indeks FBMT 100 turun 18.80 mata menjadi 10,449.91 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 4.51 mata kepada 10,993.60.

Indeks FBM 70 meningkat 30.42 mata kepada 14,283.75 dan Indeks FBM ACE peroleh 19.64 mata kepada 5,117.17.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.25 mata kepada 172.60, Indeks Perladangan lemah 11.02 mata kepada 6,946.84, Indeks Tenaga kerugian 2.74 mata menjadi 868.14, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 47.0 mata untuk mencatatkan paras 16,412.83. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini