Ringgit meningkat selepas BNM umum OPR kekal

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat yang juga hari terakhir dagangan minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika beberapa bank pusat utama dunia menangguhkan langkah menaikkan kadar faedah masing-masing minggu ini.

Di peringkat tempatan, sentimen turut dipacu oleh tindakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semalam di mesyuarat terakhirnya bagi tahun ini.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.7470/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7485/7525 pada akhir dagangan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata bank-bank pusat utama iaitu Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank England adalah antara yang memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar faedah masing-masing.

“Malah, pada masa sama, beberapa negara turut mula mengurangkan kadar faedah seperti China yang menurunkan kadar Kemudahan Pinjaman Jangka Sederhana selama setahun sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.50 peratus.

“Begitu juga, Brazil dan Chile dengan kedua-duanya mengurangkan kadar faedah penanda aras sebanyak 150 bps dan 225 bps iaitu kepada 12.25 peratus dan 9.00 peratus.

“Jika trend ini berterusan, kami percaya ringgit menuju pemulihan. Namun, perjalanan itu mungkin kurang lancar berikutan risiko geopolitik yang meningkatkan permintaan untuk mata wang selamat seperti dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit akan meningkat pada hari ini susulan jangkaan bahawa kadar faedah yang juga penanda aras global telah mencecah kemuncaknya.

Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1552/1591 daripada 3.1593/1622, meningkat berbanding euro kepada 5.0399/0457 daripada 5.0448/0491 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7847/7914 daripada 5.7860/7909 pada Khamis.

Prestasi ringgit turut ketara apabila diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4784/4827 daripada 3.4798/4830, mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 299.3/299.8 daripada 299.4/299.8 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.1824/2036 daripada 13.2156/2337, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.38/8.40. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini