Lynas umum penutupan operasi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Firma Australia, Lynas Rare Earths mengumumkan rancangan untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali sebuah kilang memproses nadir bumi karbonat pada suku berakhir Disember, dengan jumlah minimum bahan mentah yang akan diproses semasa penutupan itu.

Saham syarikat perlombongan itu jatuh setinggi 2.7% kepada A$6.24, tahap terendah sejak 3 Mei lalu.

Operasi Lynas di Malaysia menjadi masalah kepada syarikat itu, dengan kerajaan telah menyuarakan kebimbangan terhadap paras radiasi daripada aktiviti perekahan dan larut lesap sejak beberapa tahun lalu, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan amaran mengenai dasar untuk melarang eksport bahan mentah nadir bumi.

Ia akan melaksanakan naik taraf terhadap operasi hiliran di Lynas Malaysia untuk meningkatkan pengeluaran neodymium-praseodymium (NdPr) kepada kira-kira 10,500 tan setahun.

Naik taraf itu penting jika lesen operasi syarikat itu di Malaysia, yang menetapkan syarat melarang pelombong daripada mengimport dan memproses bahan mentah nadir bumi mulai 2024, dikemas kini untuk membenarkan import dan memproses lantanid, katanya.

Semasa penutupan itu, yang bermula pada pertengahan November untuk menyiapkan kerja-kerja naik taraf, kakitangan daripada kilang perekahan dan larut lesap akan diarahkan untuk membantu proses permulaan kemudahan memproses nadir bumi di Kalgoorlie, Australia Barat.

Lynas, yang lesen operasinya di Malaysia telah dilanjutkan sehingga Januari 2024, berkata permohonan penangguhan bagi membolehkannya beroperasi seperti biasa di Malaysia sambil rayuan pentadbiran dan undang-undang didengar serta diputuskan, telah disenaraikan untuk pendengaran pada November, menurut laporan Reuters.

Pengeluar nadir bumi terbesar selain China itu juga melaporkan penurunan 21.8% hasil jualan suku pertama kepada A$128.1 juta.

Ia tidak mencapai anggaran konsensus A$159 million, menurut Barrenjoey.

“Laporan pengeluaran itu dilihat sedikit kurang memberangsangkan dan banyak isu penyelenggaraan berlaku yang tidak membantu,” kata penganalisis pasaran kanan di Marcustoday, Henry Jennings.

Pengeluaran NdPr pada suku dikaji adalah 1,526 tan oksida nadir bumi (REOt), berbanding dengan 1,045 REOt setahun lalu. – REUTERS

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion