KOCEK tawar khidmat tukar duit syiling di pejabat pos

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pertukaran syiling KOCEK kini tersedia di pejabat pos. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Pos Malaysia Bhd dan Pertama Digital Bhd.

Pengerusi Pertama Digital, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, berkata pihaknya gembira untuk menjadikan produk dan perkhidmatan KOCEK mudah digunakan oleh rakyat melalui rangkaian luas Pos Malaysia.

“Dengan kehadiran mereka di bandar-bandar utama dan kawasan luar bandar, KOCEK dapat mencapai lebih banyak orang dengan cepat dan cekap.

“Dalam persekitaran ekonomi hari ini, setiap sen penting, dan KOCEK bertujuan untuk menghasilkan pendapatan tambahan bagi semua orang,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan pertukaran syiling KOCEK di sini, hari ini.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Ahmad Maslan.

Kerjasama strategik itu membolehkan KOCEK menawarkan perkhidmatan pertukaran syiling inovatif di cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia.

Ketika ini, perkhidmatan itu tersedia di empat lokasi di Lembah Klang sebelum dijangka berkembang ke kira-kira 30 cawangan menjelang akhir tahun 2023.

Perkhidmatan KOCEK akan berkembang ke negeri-negeri lain secara berperingkat pada tahun 2024, dengan rancangan untuk melancarkan perkhidmatannya ke 100 lokasi.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berkata, kebanyakan individu semestinya ada menyimpan duit syiling yang tidak digunakan dan nilainya mungkin sedikit tetapi amat signifikan jika dibandingkan dengan jumlah populasi rakyat Malaysia yang mencecah 33.4 juta orang.

Katanya, Perkhidmatan Penukaran Duit Syiling KOCEK menyediakan khidmat penukaran duit syiling fizikal kepada nilai tunai digital.

“la mewakili anjakan paradigma dalam usaha memantapkan tahap kecekapan bagi proses peredaran wang di kalangan masyarakat.

“Dengan pengantara muka aplikasi MyPay yang mesra pengguna dan teknologi canggih, perkhidmatan KOCEK memperkasakan individu dan perniagaan untuk menukar mata wang fizikal mereka dengan mudah kepada nilai mata wang digital dan seterusnya melancarkan pengunaan mata wang secara elektronik.

“Data merekodkan purata pengeluaran duit syiling tahunan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh 2019 hingga 2022 adalah sebanyak 800 juta keping dengan anggaran kos RM64 juta setiap tahun.

“Daripada jumlah ini, hampir 30 peratus atau 240 juta keping duit syiling dari pengeluaran tahunan tidak kembali ke kitaran mata wang (Idle Coints), dengan anggaran kos pengeluaran RM20 juta setahun telah dibazirkan,” katanya.

Coelho

Related Posts

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

  • September 18, 2026
Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion