Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara – Fadillah

JOHOR BAHRU: Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara, yang merangkumi tiga projek fizikal, dan satu insentif pintu masuk bagi pegawai imigresen pelbagai gred yang bertugas di pintu masuk negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata di bawah insentif pintu masuk itu, ia melibatkan mereka yang bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB), KLIA1 dan KLIA2.

“Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik) dengan kos RM61.7 juta; penggabungan dewan, naik taraf dan pembinaan projek baharu di KSAB berjumlah RM106.99 juta; serta pembinaan pejalan kaki berbumbung di sepanjang Tambak Johor dengan anggaran kos yang akan diperincikan kemudian.

“Pemberian insentif pintu masuk kepada pegawai Imigresen melibatkan BSI, KSAB, KLIA1 dan KLIA2 dengan implikasi kewangan RM7.93 juta setahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan Di Tambak Johor secara dalam talian, yang diadakan di Kompleks CIQ BSI di sini hari ini.

Beliau berkata insentif pintu masuk itu bertujuan menjaga kebajikan anggota, selari dengan konsep ihsan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

“Perbincangan lanjut akan diadakan bagi memperhalusi perkara ini bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, untuk perluasan pemberian insentif kepada pegawai imigresen di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan inisiatif di BSI dan KSAB, Fadillah berkata daripada 21 inisiatif, sebanyak 15 inisiatif atau 71 peratus telah siap sepenuhnya; lima inisiatif sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025; manakala satu lagi inisiatif belum dilaksanakan.

Beliau berkata untuk tahun ini sehingga bulan lepas, jumlah pengembara di kedua-dua Kompleks CIQ itu telah mencapai 98 juta dan jumlahnya dijangka meningkat kepada sekitar 136 juta pada penghujung tahun ini, menyamai statistik pra-COVID pada tahun 2019.

Katanya jumlah pengembara ini dijangka meningkat pada kadar 15 peratus setahun dan dianggarkan seramai 157 juta pengembara akan melalui di kedua-dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia Singapura itu menjelang tahun 2025.

“Mengambil kira kekurangan anggota imigresen yang bertugas di kaunter, keperluan kepada autogate amat membantu dalam menangani peningkatan pengembara khususnya pada waktu puncak. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini