Ringgit terus lemah berbanding dolar AS

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7220/7270 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.7150/7195.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama dolar AS diniagakan agak kukuh menjelang hujung minggu ini dan pasaran mengunjurkan kecenderungan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah akan terus memacu pasaran mata wang.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga berpendapat PMI ISM AS yang lebih baik boleh mendorong kenaikan kadar faedah selanjutnya pada November oleh Rizab Persekutuan dan menggalakkan mereka mengekalkan kadar lebih tinggi untuk masa yang lama.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal lemah kerana pelabur akan terus memilih untuk memegang dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun, menyaksikan mata wang tempatan menyusut kepada 3.1507/1543 daripada 3.1492/1524 pada penutupan Isnin.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.9458/9511 daripada 4.9677/9725 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7075/7135 daripada 5.7358/7413 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniaga bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat ber banding baht Thai kepada 12.7312/7498 daripada 12.7626/7796 dan rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 304.0/304.5 berbanding penutupan dagangan semalam pada 303.5/304.0.

Ia tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.30/8.32 berbanding 8.30/8.31 dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4372/4411 daripada 3.4373/4409 sebelumnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini