Maybank dan dua bank lain lanjut pengecualian caj QR Duitnow

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengumumkan bahawa bank itu tiada rancangan untuk mengenakan fi transaksi ke atas vendor yang menggunakan Duitnow QR buat masa sekarang.

“Kami mahu memaklumkan bahawa Maybank tidak melaksanakan sebarang fi berhubung Duitnow

“Yang pasti, semua peniaga boleh terus menggunakan pembayaran QR Duitnow tanpa caj, seperti yang menjadi amalan sekarang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal kepada peniagam” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Maybank, Public Bank dalam satu kenyataan terdahulu turut memaklumkan bahawa ia akan mengecualikan caj DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, CIMB berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Pengendali platform itu, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

“Mulai 1 November, pengecualian MDR untuk pembayaran menerusi kod QR DuitNow berakhir. Ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala terdapat pengecualian MDR untuk pembayaran QR,” kata PayNet.

PayNet berkata, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

Coelho

Related Posts

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Jaycorp Berhad mengambil langkah strategik dengan membeli baki kira-kira 40% kepentingan dalam Jaycorp Green Energy Sdn Bhd (JGE) daripada Microban (M) Sdn Bhd, melibatkan pertimbangan…

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini