Anwar ucap tahniah kapal angkasa India berjaya mendarat di kutub selatan bulan

  • News
  • August 24, 2023

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan rakyat negara itu atas kejayaan mendaratnya pesawat angkasa India, Chandrayaan-3, di kutub selatan bulan semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, Malaysia turut berbangga atas pencapaian itu yang belum pernah diterokai oleh sesiapa dan menyifatkan ia juga kejayaan buat Asia.

“India kini telah menawan bulan dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.

“Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah ‘The Asian Century’. Tahniah India!,” menurut hantaran itu.

Semalam, India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan oleh Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai lepas.

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar” atau terkawal, bermula pada jam 5.44 petang waktu India pada Rabu. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini