Serba Dinamik kemuka rayuan batal nyah senarai di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu berkata ini adalah disebabkan syarikat itu diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities pada 16 Ogos, 2023.

Pada 16 Ogos, Serba Dinamik berkata ia mungkin dinyah senarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Ogos, selepas Bursa Securities memutuskan untuk menolak permohonan lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi melainkan rayuan terhadap penyahsenaraian itu dihantar kepada Bursa Securities pada atau sebelum 23 Ogos, 2023.

Syarikat itu dimasukkan ke dalam status PN17 pada 6 Januari 2022 dan dagangan sekuritinya di Bursa Malaysia telah digantung sejak Disember 2022 kerana gagal menyerahkan laporan tahunan 2022. – BERNAMA

  • Coelho

    Related Posts

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini