Kerajaan tak cadang turunkan had siling RON95, diesel bersubsidi

Kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had harga siling semasa minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kepada tahap lebih rendah.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Dewan Rakyat pada Isnin menjelaskan ia bagi mengelakkan kerajaan berterusan menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi.

“Bagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi sehingga kini, sungguhpun harga pasaran sebenar telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menjawab soalan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mengenai perancangan kerajaan berkaitan penstrukturan semula subsidi minyak petrol.

Walau bagaimanapun, kementerian itu menegaskan kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan serta mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Dalam masa yang sama agar penjimatan subsidi dapat digunakan bagi mengoptimumkan perbelanjaan untuk program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara,” katat kementerian itu lagi. – bernama

Sequeira

Related Posts

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif NexG Berhad, Datuk Ishak Ismail tampil mempertahankan kedudukan syarikat itu susulan laporan media dan pandangan beberapa ahli akademik yang mempersoalkan operasi, tadbir urus serta kontrak…

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

KUALA LUMPUR — Dalam langkah yang mencerminkan lonjakan agresif sektor tenaga boleh diperbaharui negara, Helios Photovoltaic Sdn Bhd tampil dengan projek mega bernilai RM5.5 bilion di Kelantan yang menggabungkan penjanaan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

  • May 5, 2026
Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

  • May 5, 2026
Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

  • April 30, 2026
Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

  • April 25, 2026
Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

  • April 9, 2026
EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

  • April 7, 2026
Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini