PETRONAS, Jogmec jalin kerjasama inisiatif peralihan tenaga

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memeterai memorandum kerjasama dengan Japan Organisation for Metals and Energy Security (Jogmec) untuk bekerjasama dalam inisiatif peralihan tenaga ke arah mencapai sasaran peralihan tenaga dan penyahkarbonan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata inisiatif itu termasuk kerjasama yang berpotensi dalam hidrogen hijau/biru dan pembangunan ammonia bahan api, penangkapan dan penyimpanan karbon, serta pengurusan pelepasan gas rumah hijau.

Kerjasama itu juga bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan teknikal dan kecekapan dalam teknologi rendah karbon, selain memacu peluang perniagaan dan menyediakan sokongan teknikal dan kewangan kepada syarikat-syarikat Jepun untuk mengambil bahagian dalam projek PETRONAS, di dalam dan di luar Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kumpulan itu komited untuk melabur dalam teknologi dan inovasi bagi mempercepatkan pembangunan penyelesaian rendah karbon kepada pelanggan.

“Melalui kerjasama sinergi dengan rakan kongsi yang berpandangan sama seperti Jogmec, kami berbesar hati untuk terus mengukuhkan usaha dalam memacu inovasi dan skalabiliti dalam tenaga bersih ke arah merealisasikan sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 dan meneruskan peralihan tenaga yang bertanggungjawab dan adil untuk Asia” katanya.

Majlis pemeteraian perjanjian tersebut diadakan di luar acara Forum Pelaburan Awam-Swasta Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) di Tokyo hari ini.

Forum itu dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun.

  • Coelho

    Related Posts

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    • September 18, 2026
    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion