Tesla model Y kini boleh mula ditempah di Malaysia dengan harga RM199, 000

  • Auto
  • July 14, 2023

KUALA LUMPUR: Kenderaan SUV elektrik sepenuhnya Tesla Inc, Model Y kini boleh mula ditempah di Malaysia bermula hari ini.

Harga yang ditawarkan bagi kenderaan itu adalah antara RM199,000 sehingga RM288,000.

Ruang dalaman Tesla Model Y

Tesla dalam kenyataan hari ini memaklumkan, model Y itu boleh didapati dalam tiga varians iaitu dalam versi Model Y (pacuan roda belakang dan pecutan) hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat.

Bagi Model Y jarak jauh (pacuan semua roda dan dwi-motor) pula, ia ditawarkan pada harga bermula RM246,000 dengan jarak pemanduan lebih jauh iaitu 533 km.

Kelajuan maksimum varian itu adalah 217 km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.0 saat.

Varian terakhir adalah Model Y prestasi tinggi (pacuan semua roda dan dwi-motor) dengan harga bermula RM288,000.

Varian itu menawarkan jarak pemanduan 514 km dan lebih laju dengan kelajuan maksimum 250 km/j dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat sahaja.

Tesla memaklumkan jangkaan penyerahan Model Y kepada pelanggan adalah pada awal tahun depan.

Terdapat lima pilihan warna iaitu Pearl White Multi-Coat, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic, dan Red Multi-Coat.

Untuk pasaran Malaysia, ketiga-tiga varian itu ditawarkan bergantung kepada konfigurasi trenkuasa dan tidak ketinggalan pilihan untuk memadankan ciri Autopilot dan Full Self Driving (FSD).

Sebagai SUV saiz sederhana, Model Y mempunyai ruang kargo 2,100 liter yang menyediakan tempat duduk dan ruang simpanan serbaguna untuk sehingga lima penumpang dengan bagasinya.

Selain itu, pembeli juga boleh memilih untuk menambah ciri ‘Enhanced Autopilot’ yang menambah fungsi ‘Navigate on Autopilot’, ‘Auto Lane Change’, ‘Autopark’, ‘Summon’ dan ‘Smart Summon’ pada harga RM16,000.

Bagi ‘Full Self-Driving Capability’ pula, ia menawarkan semua fungsi yang terdapat pada ‘Basic Autopilot’ dan ‘Enhanced Autopilot’ yang boleh ditambah pada harga RM32,000.

Tesla bakal membuat kemunculan rasmi di pasaran Malaysia minggu depan.

Coelho

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

  • January 29, 2026
RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

Sektor Kreatif Digital dan Animasi Jadi Teras Baharu TVET Nasional

  • January 27, 2026
Sektor Kreatif Digital dan Animasi Jadi Teras Baharu TVET Nasional

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam