Justin Lim CEO Sersol Berhad tidak pernah BANKRAP seperti didakwa

Laporan satu laman blog yang mendakwa seorang ahli perniagaan muflis merupakan satu tuduhan fitnah tidak berasas, dangkal, tidak matang serta bersifat  melulu.

Blog baru yang dibina itu mendedahkan Datuk Justin Lim Hwa Tat bekas Pengarah Urusan dan Pengarah Bukan Eksekutif meletak jawatan meninggalkan Syarikat Computer Form (Malaysia) Berhad kononnya menipu syarikat Gergasi EV dari Thailand

Hakikatnya Justin Lim Hwa Tat mengumumkan peletakan jawatannya kerana Dato’ Sri Pang Chow Huat bersama Mafia Korporat lain cuba menipu rakan perniagaannya dari Thailand itu dengan mencuri keuntungan jual beli saham CFM bagi membeli saham BSL Corporation Berhad.

Tindakan manipulasi saham Dato’ Pang Chow Huat dan Eksesais syarikat miliknya Fitters Diversified Berhad dan BSL Corp Berhad telah menjunamkan saham CFM lebih 90 peratus yang menyebabkan Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) terhadap CFM.

Ramai melihat tindakan Datuk Justin meletak jawatan dari CFM adalah tindakan yang tepat.

Datuk Justin  Lim yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Berhad tidak pernah menjadi seorang yang muflis. Maka selepas semakan di Jabatan Insolvensi Malaysia berkaitan kebankrapan mengesahkan beliau bukan seorang MUFLIS ATAU BANKRAP bertarikh 7 Julai 2023.

Berhubung dakwaan muflis sebuah notis mahkamah sebagaimana yang dipaparkan blog berkenaan daripada Export-Import Bank of Malaysia Berhad ia jelas bukan penentuan kepada muflis ia hanya sebuah notis akhir daripada pemiutang untuk menutut hutang mereka kembali dan diselesaikan antara kedua pihak.

Setakat hingga kini Datuk Justin Lim Hwa Tat bukan seorang bankrap.  Maka tidak ada isu berhubung kepada dakwaan itu.

Laman Blog baru yang dipercayai dikendalikan oleh kumpulan Jacky Pang Chow Huat itu jelas berniat tidak baik terhadap Datuk Justain susulan tindakan Justin meninggalkan kumpulan mereka berdasarkan pendedahan sebuah portal atas talian the corporatesecret yang sedang tular sekarang mengenai Jacky Pang Chow Huat dan mafia korporat di negara ini.

Laporan media Dato’ Jacky Pang dan CFM menipu Perdana Menteri berkaitan pelaburan dan kerjasama syarikat EV terbesar Thailand itu pasti menjejaskan nama baik Malaysia.

Terdapat sumber Syarikat gergasi EV Thailand itu telah mengemukakan surat aduan kepada Kerajaan Malaysia dan mungkin menarik balik pelaburan berbilion ringgit itu.

Oleh itu tindakan Datuk Justin demi melindungi nama dan syarikatnya dari terkait penipuan Jacky Pang dan mafia korporat di negara ini sangat wajar bukan takut kepada mereka.

  • Infante

    Related Posts

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR, 5 Mei — Jaycorp Berhad mengambil langkah strategik dengan membeli baki kira-kira 40% kepentingan dalam Jaycorp Green Energy Sdn Bhd (JGE) daripada Microban (M) Sdn Bhd, melibatkan pertimbangan…

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini