AirAsia tambah 19 pesawat A320 tahun ini

PARIS: AirAsia bersedia untuk melebarkan sayapnya menerusi penambahan 19 pesawat Airbus 320 (A320) baharu yang dijangka mula beroperasi tahun ini, dengan pesawat pertama dijangka diterima menjelang akhir bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes, berkata tambahan pesawat baharu itu akan menyokong usaha syarikat penerbangan berkenaan untuk meraih semula 100 peratus kapasiti sebelum pandemik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beliau berkata setakat ini, kumpulan itu mempunyai 170 kapal terbang yang kembali beroperasi.

“Kami telah memuktamadkan 19 pesawat dan sedang berbincang untuk menerima lebih banyak.

“Pada masa sama, AirAsia turut menjangkakan kesemua 204 pesawat akan diaktifkan menjelang akhir Ogos ini dan mencapai 100 peratus kapasiti seperti sebelum pandemik beberapa bulan akan datang,” katanya kepada media Malaysia di Pertunjukan Udara Paris di sini.

Sebanyak 362 pesawat A321 dijangka tiba tahun depan, katanya sambil memaklumkan AirAsia X dijangka memiliki 15 pesawat berbadan lebar dan 20 pesawat XLR.

“Kami turut bercadang untuk membawa A330 ke Indonesia dan Filipina untuk meluaskan rangkaian ini,” katanya.

Sementara itu, Fernandes berkata kumpulan itu telah berusaha memperoleh margin yang baik dan yakin terdapat peningkatan pada akhir tahun ini walaupun dolar Amerika Syarikat mengukuh.

“Selain itu, kami menjangkakan pertumbuhan paling kukuh adalah dari Thailand berikutan pasaran meramalkan pemulihan yang teguh selepas pandemik,” katanya.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga berharap perniagaan kargo dan logistiknya, Teleport akan menerima kapal pengangkut khas A321F yang pertama daripada tiga, pada Julai untuk meningkatkan volum dan mempercepat penghantaran rentas sempadan di rantau ini.

Berkenaan status Nota Amalan 17 (PN17) syarikat berkenaan, Fernandes menyatakan keyakinan untuk keluar daripada senarai PN17 Bursa Securities pada tahun ini.

“Saya berpendapat bahawa Jun dan Julai adalah bulan yang penting untuk kami. Jadi, tunggu dan lihat,” katanya.

Capital A memasuki senarai PN17 Bursa Securities – kategori bagi entiti yang berdepan masalah pada Januari 2022.

  • Coelho

    Related Posts

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    KUALA LUMPUR, — AirAsia Group Berhad dilaporkan menjual enam daripada 10 pesawat Airbus A321neo serba baharu yang diterimanya sejak awal 2025, termasuk dua yang dijual pada Julai lalu, ketika syarikat…

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    KUALA LUMPUR: Batu Kawan Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada TMK Chemical Bhd pada harga RM939.87 juta, selepas lebih tiga bulan rundingan. Menurut…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    • September 18, 2026
    Batu Kawan jual CCM kepada TMK Chemical pada harga RM939.87 juta

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion