CEO GIIB Holding lapor polis diugut dengan pistol, ditampar Dato’ Sri Lim Kok Han

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat GIIB Holdings Berhad mendakwa diugut dengan pistol selain ditampar seorang ahli perniagaan Dato’ Sri Andy Lim Kok Han yang dikatakan ada kaitan dengan ‘mafia korporat’, minggu lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika Tai Booi Wee  bertemu Dato’ Sri Lim Kok Han dan Chong Long Men di sebuah bar di Solaris Dutamas di sini, 6 Jun lalu dan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Sepertimana laporan polis yang tular, Tai Booi Wee mendakwa diugut dengan pistol kerana menolak desakan dibuat suspek untuk melantik dia dan rakannya sebagai pengarah baharu dalam syarikat mangsa.

Lim Kok Han yang juga pemegang saham GIIB Holdings Berhad didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar dipakainya sambil mengugut mahu menembak mangsa.

“Dalam pertemuan kedua pula, mangsa dan suspek sekali lagi bertemu dan suspek bertanya mengapa isu pelantikannya sebagai pengarah belum lagi selesai.

“Suspek kemudian mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil antara mereka sebelum dileraikan seorang rakan,” menurut laporan polis

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berasa keselamatannya terancam, membuat dua laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata siasatan berkaitan kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah.

Beliau berkata, proses siasatan kes kini diperingkat akhir dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

  • Infante

    Related Posts

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    PUTRAJAYA, 25 April 2026 — Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini, sekali gus…

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    KUALA LUMPUR — EPB Group Bhd kini selangkah lebih hampir untuk melonjak ke liga utama Bursa Malaysia apabila pemegang sahamnya meluluskan pindaan penting terhadap perlembagaan syarikat, sekali gus membuka laluan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini