Cypark Resources Bhd, Kerajaan sedang runding penyelesaian secara baik berkaitan projek tapak pelupusan

KUALA LUMPUR: Cypark Resources Bhd berkata ia sedang meneruskan penyelesaian secara baik dengan kerajaan berhubung tuntutannya berkaitan projek penutupan tapak pelupusan tanpa mengambil kira proses timbang tara yang telah dimulakan.

Cypark dalam maklumannya di Bursa Malaysia, berkata sekiranya penyelesaian secara baik dicapai antara pihak terbabit, syarikat akan menarik balik prosiding [timbang tara].

Menurut syarikat itu, ia perlu memulakan prosiding timbang tara untuk melindungi kepentingannya kerana tuntutan itu tertakluk kepada tempoh had berkanun di mana syarikat itu akan kehilangan haknya untuk membuat tuntutan daripada kerajaan melebihi enam tahun.

Minggu lalu, Cypark mengumumkan bahawa ia telah memulakan prosiding timbang tara terhadap kerajaan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), dan ketua pengarah JPSPN berhubung tambahan RM61.34 juta yang dituntut oleh syarikat itu kerana kelewatan dalam penyempurnaan penutupan selamat 16 tapak pelupusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia.

Cypark mengulangi bahawa ia terpaksa menanggung kerugian dan perbelanjaan yang besar kerana kerajaan telah mengeluarkan pelbagai arahan semasa tempoh pembinaan, yang menyebabkan kelewatan yang lama untuk menyiapkan projek itu. Jumlah kontrak asal ialah RM483.08 juta.

Telah dipersetujui bahawa pemilikan tapak yang berkaitan dengan kontrak itu akan diberikan pada 24 Ogos 2009, dengan tarikh penyiapan asal kontrak ialah 23 Nov 2011.

Bagaimanapun, kerajaan kemudiannya mengeluarkan Sijil Penyiapan Praktikal yang memperakui penyiapan keseluruhan kontrak kerja pada 23 Dis 2015.

Cypark berkata disebabkan kelewatan dan kerugian, syarikat itu menyerahkan notis dan memuktamadkan tuntutan pada 3 Januari 2022, tetapi tiada maklum balas daripada kerajaan, yang membawa kepada permulaan prosiding timbang tara.

“Timbang tara itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan operasi kepada syarikat. Pada masa yang sama, jika keputusan timbang tara memihak kepada syarikat, ia dijangka meningkatkan kedudukan aliran tunai syarikat.

“Bagaimanapun, jika keputusan timbang tara tidak memihak kepada syarikat, nilai bawaan aset kontrak yang berkaitan dengan projek ini mungkin tertakluk kepada kemerosotan nilai,” tambahnya dalam makluman di bursa.

  • Coelho

    Related Posts

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR, 5 Mei — Jaycorp Berhad mengambil langkah strategik dengan membeli baki kira-kira 40% kepentingan dalam Jaycorp Green Energy Sdn Bhd (JGE) daripada Microban (M) Sdn Bhd, melibatkan pertimbangan…

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini