Bursa Malaysia diniaga agak tinggi awal pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa walaupun Wall Street mempamerkan prestasi lemah semalaman apabila pelabur masih mencerna data ekonomi yang kurang menggalakkan daripada jangkaan menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.29 mata kepada 1,382.55 daripada 1,381.26 pada penutupan Jumaat.

Indeks utama itu memulakan dagangan pada paras 1,382.10, menokok 0.84 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara meluas positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 209 berbalas 145, manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,600 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 394.18 juta unit bernilai RM123.84 juta.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada 5 Jun 2023, sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata, ia menjangka bursa tempatan akan menjejaki aliran menaik pasaran serantau, disokong oleh aktiviti memburu saham murah hari ini.

“Pelabur juga dilihat memantau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun dan zon Euro, serta kadar inflasi China untuk mengukur pergerakan kenaikan kadar faedah global,” katanya.

Firma pembrokeran itu mengunjurkan sektor kewangan akan menyaksikan pemulihan berikutan kemerosotan jualan minggu lepas manakala sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) dijangka menjadi tumpuan selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperluaskan penggunaan RE di Malaysia.

“Selain itu, kaunter berkaitan hartanah mungkin menyerlah di tengah-tengah keyakinan terhadap pemulihan ekonomi,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat satu sen kepada RM8.59 dan RM6.56, Public Bank menambah dua sen menjadi RM3.80 manakala Tenaga Nasional turun lapan sen untuk mencatatkan harga RM9.34 dan CelcomDigi lemah dua sen kepada RM4.46.

Bagi kaunter aktif, Classita dan Bintai Kinden masing-masing menokok 1.5 sen kepada 13.5 sen dan lapan sen, Techna-X lebih tinggi satu sen kepada 2.5 sen manakala Bumi Armada kerugian 13.0 sen kepada 50.5 sen dan Dagang NeXchange turun 1.5 sen kepada 50.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 merosot 0.69 mata menjadi 9,907.76, Indeks FBM Emas Syariah turun 2.25 mata kepada 10,588.61 sementara Indeks FBM 70 susut 42.13 mata kepada 153,562.51.

Indeks FBM ACE pula memperoleh 2.11 mata kepada 5,072.37 dan Indeks FBM Emas meraih 0.44 mata kepada 10,207.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.60 mata kepada 15,118.55, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.18 mata menjadi 159.96 dan Indeks Perladangan meningkat 28.16 mata kepada 6,652.72 manakala Indeks Tenaga menguncup 16.15 mata kepada 795.13.

  • Coelho

    Related Posts

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

    RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

    KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    • May 5, 2026
    Jaycorp Perkukuh Pegangan Tenaga Hijau, Ambil Alih Penuh Jaycorp Green Energy Sdn Bhd

    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    • May 5, 2026
    Pengerusi NexG Tampil Jelaskan Isu, Tegaskan Tadbir Urus Diperkukuh

    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    • April 30, 2026
    Rizab Antarabangsa Malaysia Susut kepada AS$126.61 Bilion pada Mac 2026

    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    • April 25, 2026
    Abdul Halim Aman dilantik ketua pesuruhjaya SPRM

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini