Sanusi dakwa ada ‘perancangan besar’ gagalkan pelaburan swasta di Kedah

  • News
  • November 25, 2024

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat perancangan besar untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri itu.

Dakwa Sanusi, syarikat yang berhasrat melabur di Kedah akan diberi tekanan dan sekatan supaya menarik diri daripada projek yang diumumkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memberi contoh keputusan Bin Zayed International Group of Companies (BZI) yang menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion namun tidak mendedahkan puncanya.

“Saya pun tahu syarikat-syarikat terbabit di Kedah ini akan dikenakan tekanan, macam-macam sekatan dan kes yang saya sebut semalam (projek Langkasuka) saya tahu dia kena apa tapi saya tak mahu ulang dia kena apa.

“Mungkin tak sesuai saya sebut dalam dewan ini tapi ada ‘grand design’ (perancangan besar) untuk menggagalkan banyak projek-projek yang diambil oleh inisiatif swasta,” katanya pada sidang DUN Kedah hari ini, menurut Berita Harian.

Beliau menjawab soalan lisan Teh Swee Leong (PH-Kota Darul Aman ) yang meminta penjelasan mengenai keputusan pelabur swasta untuk menarik diri daripada projek-projek yang diumumkan oleh kerajaan negeri termasuk projek Langkasuka.

Dalam pada itu, Muham Sanusi turut menasihatkan Swee Leong supaya tidak menjadi mata lalat dengan melihat perkara negatif sahaja.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum ini umum (pelaburan) Tesla, tapi tak jadi… benda positif tak sebut, kutip semua mata lalat, ini pun mata lalat juga,” katanya.

Semalam media melaporkan Muhammad Sanusi kesal dengan kenyataan pihak tertentu yang meletakkan kesalahan ke atasnya susulan keputusan BZI menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi, bernilai RM40 bilion.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan itu kerana projek dirancang dibangunkan secara kerjasama antara syarikat swasta iaitu Widad Business Group Sdn Bhd.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

  • December 6, 2025
Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

  • December 5, 2025
Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

  • December 5, 2025
Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

  • December 5, 2025
Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

  • November 18, 2025
Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa