Ken Phua Presiden MRCA ke-10

KUALA LUMPUR: Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) memilih Datuk Ken Phua Dari Bentley Music Group sebagai Presiden ke-10 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu baru-baru ini.

Pelantikan Ken bagi menggantikan Datuk Sharan Valiram yang dilantik sebagai presiden bagi 2022-2024.

AGM ke-27 itu berlangsung pada 18 April 2024 di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur.

Semasa sesi pengundian, ahli biasa membuang undi secara digital melalui perisian pengundian dan ia dihadiri 118 ahli.

Ken berkata, beliau akan memberi fokus kepada enam bidang utama sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan slogan “Reunite, Voice, and Triumph for Retailers”.

“Ini termasuk dengan melaksanakan teknik keberkesanan rangkaian, globalisasi, budaya pembelajaran berterusan, penglibatan dengan pihak berkuasa, penerimaan penggerak utama dan tradisi bergerak seiring dengan inovasi.

“Beliau juga akan melaksanakan teknik keberkesanan rangkaian melibatkan penglibatan empat tonggak MRCA bagi mendapatkan manfaat melalui perkongsian dan pembelajaran faktor kejayaan utama mengenai cara peruncit menyelesaikan serta mencari penyelesaian dalam persekitaran yang tidak menentu,” kata MRCA dalam satu kenyataan, hari ini.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

  • March 14, 2026
Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

  • March 13, 2026
Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

  • March 9, 2026
Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

  • March 6, 2026
CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad