Kerjasama TNB, Siemens pemangkin teroka teknologi guna hidrogen di Malaysia

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerjasama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy mampu menjadi pemangkin untuk meneroka teknologi serta penyelesaian inovatif bagi penggunaan hidrogen di Malaysia.

Menerusi hantarannya di X hari ini, beliau menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).

“TNB dan Siemens Energy telah memeterai memorandum persefahaman pada tahun lalu yang bertujuan mempercepat penyahkarbonan jana kuasa termal TNB menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh diperbaharui,” katanya menerusi X, hari ini.

Kenyataan beliau adalah bersempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman selama enam hari mulai semalam dengan kunjungan pertamanya di Siemens Energy yang juga antara syarikat teknologi tenaga utama di dunia.

Selain Tengku Zafrul, turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Duta Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Siemens Energy yang beroperasi di 90 negara dan memiliki kira-kira 90,000 pekerja, menceburi keseluruhan landskap tenaga, daripada tenaga konvensional hingga tenaga boleh baharu, teknologi grid kepada simpanan hingga serta pengelektrikan proses perindustrian kompleks.

Kilang di Huttenstrasse di Berlin, Jerman itu mempunyai kira-kira 3,400 pekerja yang terbabit dalam pemasangan turbin gas serta sistem pengeluaran hidrogen elektrolisis.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan serta rombongannya turut dibawa melawat kilang itu dan mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Siemens Energy.

Coelho

Related Posts

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ancom Nylex Berhad, melalui anak syarikatnya Nylex Holdings Sdn Bhd, menandatangani satu terma tidak mengikat bagi penjualan sehingga 50 peratus kepentingan dalam Maxlive Sdn Bhd…

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Tan Sri (Sir) Francis Yeoh Sock Ping menerima mandat besar untuk terus menerajui Malayan Cement Berhad (MCB) selepas meraih sokongan hampir sebulat suara pada Mesyuarat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

  • December 6, 2025
Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

  • December 5, 2025
Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

  • December 5, 2025
Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

  • December 5, 2025
Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

  • November 18, 2025
Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa