Maghribi rekod suhu tertinggi, cecah 50.4 darjah Celsius

RABAT: Maghribi mencatat rekod suhu tertinggi iaitu melepasi 50 darjah Celsius buat pertama kali, kata perkhidmatan meteorologi negara Afrika Utara itu semalam, di tengah-tengah gelombang cuaca panas terik.

Menurut Direktorat Am Meteorologi, Jumaat lalu stesen meteorologi di bandar pantai selatan Agadir mencatatkan rekod kebangsaan baharu iaitu 50.4 darjah Celsius.

Maghribi berdepan beberapa siri gelombang haba sepanjang musim panas dengan bacaan suhu tinggi, melepasi rekod sebelumnya.

Menurut perkhidmatan cuaca, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 13 Julai lalu, iaitu 49.9 darjah Celsius, di bandar Smara, Sahara Barat.

“Gelombang haba ini disebabkan kemasukan udara kering dan panas dari selatan. Ia menyebabkan kenaikan suhu yang ketara, melebihi purata bulanan iaitu sebanyak lima hingga 13 darjah Celsius,” kata pihak berkuasa meterologi dalam satu kenyataan.

Gelombang haba turut menyebabkan tercetusnya kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu di utara Maghribi, berhampiran Tangier dan lebih jauh ke timur di wilayah Taza.

Tragedi itu mengakibatkan kemusnahan hutan, namun setakat ini ia tidak menyebabkan kematian.

Menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah, cuaca paling panas pernah direkodkan di bumi adalah pada Julai lalu, apabila ia melepasi rekod sebelumnya, iaitu pada Julai 2019, sebanyak 0.33 darjah Celsius.

Maghribi berada pada kedudukan keempat paling panas pada bulan lalu.

jabatan kaji cuaca meramalkan sedikit penurunan suhu dalam beberapa hari akan datang merentasi bahagian utara Afrika Utara.

Goncalves

Related Posts

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

TEHRAN — Iran melantik Mojtaba Khamenei, anak kepada Ayatollah Ali Khamenei, sebagai pemimpin tertinggi baharu negara itu dalam suasana rantau Timur Tengah yang terus bergolak susulan konflik besar melibatkan Tehran,…

Pasaran Saham Indonesia Menjunam Lebih AS$80 Bilion, CEO Bursa Letak Jawatan

SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia berdepan salah satu episod kejatuhan paling buruk dalam beberapa tahun apabila nilai pasaran merosot lebih AS$80 bilion, perkembangan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua Pegawai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

  • March 14, 2026
Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

  • March 13, 2026
Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

  • March 9, 2026
Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

  • March 6, 2026
CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad