Pelikan mahu jual aset, kepentingan perniagaan

KUALA LUMPUR: Pelikan International Corporation Bhd sedang berunding dengan bakal pembeli strategik untuk melupuskan sebahagian besar aset dan kepentingan perniagaan.

Pembekal alat tulis, itu dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia itu berkata, syarikat telah melantik sebuah bank pelaburan sebagai penasihat prinsipal untuk menasihati lembaga pengarah berhubung pelupusan berkenaan dan merundingkan terma urus niaga.

Syarikat akan membuat pengumuman sewajarnya kepada Bursa Malaysia sejajar dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama sebaik saja rundingan dimuktamadkan dan perjanjian muktamad dimeterai,” katanya.

Dalam makluman berasingan, Pelikan mengumumkan bahawa ia kembali untung pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023, dengan mencatatkan keuntungan bersih RM4.65 juta, berbanding kerugian bersih RM6.12 juta setahun sebelumnya.

Sementara itu, pendapatan kumpulan meningkat 18.1% kepada RM236.7 juta daripada RM200 juta pada suku pertama tahun lalu.

“Prestasi kewangan suku ini telah didorong oleh jualan kukuh di rantau Amerika Lain yang merekodkan peningkatan lebih 75%, melepasi paras jualan pra-COVID.

  • Coelho

    Related Posts

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    • March 14, 2026
    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    • March 13, 2026
    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    • March 9, 2026
    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad