Microsoft labur berbilion dolar dalam OpenAI

WASHINGTON: Microsoft melakukan pelaburan ‘berbilion dolar, beberapa tahun’ dalam OpenAI, syarikat kepintaran buatan (AI) yang menghasilkan ChatGPT dan alat lain yang boleh membaca teks dan menjana imej baharu.

Gergasi teknologi itu menyifatkan perjanjian baharu berkenaan sebagai peringkat ketiga kerjasama yang sedang berkembang dengan OpenAI, syarikat berpangkalan di San Francisco, yang bermula dengan pelaburan AS$1 bilion pada 2019.

Ia tidak mendedahkan jumlah pelaburan terbaharu itu.

Kerjasama itu mengukuhkan kedudukan Microsoft untuk bersaing dengan Google bagi mengkomersialkan AI baharu yang boleh mengubah pelbagai kerjaya, selain perniagaan carian Internet.

Alat menulis percuma OpenAI, ChatGPT dilancarkan pada 30 November lalu dan menarik perhatian ramai berikutan kemungkinan penemuan baharu dalam AI.

Ia sebahagian generasi baharu sistem pembelajaran mesin yang boleh menukar, menjana teks yang diperlukan selain mengeluarkan imej dan video berdasarkan perolehan daripada pangkalan data besar buku digital, penulisan dalam talian serta media lain.

Kerjasama Microsoft itu membolehkannya memanfaatkan teknologi OpenAI.

Superkomputer Microsoft membantu untuk memperkasakan sistem AI OpenAI, manakala gergasi teknologi berpangkalan di Redmond, Washington berupaya untuk mengintegrasi teknologi OpenAI kepada produk Microsoft.

“Dalam fasa berikutnya kerjasama kami, pelanggan yang menggunakan platform perkomputeran awan Microsoft Azure akan mendapat akses kepada alat AI baharu dan menggunakan aplikasi mereka,” kata satu kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella.

Teknologi itu juga boleh membantu enjin carian Microsoft, Bing, bersaing dengan Google untuk memberikan jawapan carian yang lebih lengkap, berbanding hanya sekadar pautan.

OpenAI bermula sebagai syarikat penyelidikan AI bukan berasaskan keuntungan apabila dilancarkan pada Disember 2015.

Dengan CEO Tesla, Elon Musk sebagai pengerusi bersama dan antara pelabur terawal, organisasi itu menyasar ‘memajukan kepintaran digital dengan kaedah yang boleh memanfaatkan insan secara keseluruhan, tidak dihalang oleh keperluan untuk menjana pulangan kewangan’.

-AP

  • Infante

    Related Posts

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

    WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

    Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

    One thought on “Microsoft labur berbilion dolar dalam OpenAI

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    • March 14, 2026
    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    • March 13, 2026
    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    • March 9, 2026
    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad